Wednesday, June 30, 2010

Rokok?Bahaya!!!

Related Posts with Thumbnails

Salam semua, pada post kali ni aku nak memberitahu (rasa suma da tau) pasal rokok!!(haha)...

Kat cni ada beberapa info pasal rokok ni..best gak la baca..aku wat ni sebab td TV3 ada crita pasal rokok..


1.Dianggarkan syarikat2 rokok perlu menarik 1,180 orang perokok baru setiap hari utk menggantikan mereka yg mati akibat rokok.

2.43% drpd mereka yg mati adalah akibat penyakit kardiovaskular spt serangan jantung, strok dan penyakit periperal vaskular.

3.Seseorang perokok yg 'hebat' (lebih drpd 1 kotak sehari) pd umur 25 tahun akan hidup 25 tahun kurang drpd orang yg tdk merokok.

4.Rokok mengandungi lebih drpd 4,000 bahan kimia yg mana 63 drpdnya memang diketahui penyebab kanser (barah).

5.Cerut juga mengandungi lebih drpd 4,000 bahan kimia, termasuk 200 yg diketahui beracun dan 43 penyebab barah.

6.Menghidu dan mengunyah tembakau juga boleh membawa kematian dan ketagihan.

7.Tabiat merokok boleh memberi kesan terhadap bayi yg belum lahir.


  • Karbon monoksida dlm asap rokok mengurangkan kandungan oksigen dlm darag bayi.
  • Nikotin menghalang pengaliran darah drpd ibu kpd bayi.
  • Merokok memperlahankan pertumbuhan dan pembesaran bayi dan meningkatkan risiko lahir awal (tdk matang) atau kematian dlm kandungan.

8. Asap rokok juga telah dikenal pasti menyebabkan kesukaran pernafasan & jangkitan pd telinga pd kanak2. Pendedahan terhdp asap rokok pd umur yg awal meningkatkan risiko penyakit paru2 ketika dewasa nanti.

9. Kajian juga menunjukkan mereka yg tdk merokok tetapi terdedah kpd asap rokok selalu juga akan menghadapi masalah kesihatan spt yg dihadapi oleh perokok.

Lagi Info!!

Kebaikan berhenti merokok boleh dilihat kira2 20 minit sahaja:20 minit: Tekanan darah menurun, kadar denyutan nadi menurun, suhu tangan dan kaki meningkat.

8 jam: Kandungan karbon monoksida dlm darah jatuh kpd normal. Tahap oksigen dlm darag meningkat kpd normal.

24 jam: Risiko serangan jantung berkurang.

48 jam: Hujung saraf mula tumbuh semula. Kebolehan menghidu dan merasa bertambah baik.

2 minggu ke 3 bulan: Aliran darah bertambah baik, berjalan menjadi lebih mudah dan fungsi paru2 bertambah baik.

1 - 9 bulan: Batuk, masalah saluran pernfasan & sesak nafas menurun.

1 tahun: Risiko penyakit koronari jantung berkurang kpd separuh drpd mereka yg merokok.

5-15 tahun: Risiko strok berkurang spt mereka yg tdk pernah merokok.

10 tahun: Risiko barah paru2 jatuh serendah kira2 separuh drpd mereka yg merokok. Risiko ulser juga berkurang.

15 tahun: Risiko penyakit koronari jantung berkurang sama spt mereka yg tdk pernah merokok. Risiko kematian juga sama spt yg tdk pernah merokok.



Keburukan Merokok

1. Imej diri rendah.

2. Prestasi akademik buruk.

3. Bau nafas yg tdk menyenangkan.

4. Gigi kekuningan.

5. Bibir kehitaman.

6. Pakaian berbau.

7. Risiko mendpt penyakit yg tinggi.

8. Risiko kematian awal tinggi.

9. Membahayakan rakan2 dan keluarga sendiri akibat terhidu asap rokok.

10. Gangguan terhadap tugasan spt banyak membuang masa kerana semata2 utk merokok.

11. Tdk tenteram bila tdk dpt merokok.

12. Kurang mampun berfikir dgn baik dan waras.

13. Membazir banyak wang. Rokok sangat mahal.

14. Rokok dirasakan lebih sedap drpd m
akanan.

Jadi kat cni ada persoalan yang bermain diminda aku...ada org kata second hand smoker lagi bahaya pada smoker??!!Jadi kita kena hisap rokok la kiranya??(haha)..Silalah jawab ye....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails