Saturday, June 5, 2010

Info Jambatan Pulau Pinang!!Seram Jugak!!


Jambatan Pulau Pinang...Ia merupakan Jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia(wow)...nama inggeris ialah Penang Bridge. Jambatan Pulau Pinang menghubungkan Seberang Perai dan Pulau Pinang. Ia menyeberangi Selat Selatan. Panjang Keseluruhan ialah 13.5KM yakni bersamaan dengan 8.4 batu. Panjang melintas air ialah 8.4KM. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia. Dengan penggunaan yang begitu tinggi, kerajaan Pulau Pinang telah memohon untuk membina sebuah lagi Jambatan Pulau Pinang 2. Yang mungkin dihubungkan dari Batu Kawan ke Batu Maung. Ia menjadi jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan ini menelan kos RM 3 bilion mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia tenggara. China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) menyatakan kerja-kerja pembinaan ke atas Jambatan Kedua Pulau Pinang akan bermula pada November 2007 dan dijangka siap pada 2011. Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China.


Jambatan Pulau Pinang juga telah mencatatkan banyak kemalangan. Pak cik aku pon pernah terlibat dalam kemalangan di jambatan ini. tetapi alhamdulillah dia selamat walaupun 3 hari koma dan sebulan terlantar di Hospital Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang banyak kisah silam yang belum diketahui. Adik aku salah seorang mangsa kejadian seram ni. Pada satu malam adik aku ni naik la moto dengan bapak aku, ada satu moto ni memotong moto bapak aku, org tu palingkan kepala kt adik aku.. tgk2....jeng2...helmet ada muka xdak..perghh...dia pon cuak arr...itulah kisah nya....byk lagi kisah pasal jambatan ni. Ramai pekerja yg membina jambatan ni mati waktu tgh bina jambatan ni..biasa la...kata dekat laut an...Jadi sapa2 ada kisah lagi pasal jambatan ni...komen2 la ye!!
Related Posts with Thumbnails

6 comments:

Tupai Karan said...

seram.. mana2 pembinaan mesti ada korban punya

Anonymous said...

spa yg kna tragedi tuh ?

-kyra-

Azham Vsvc said...

omg...seramnya hehehehe

unknown-007 said...

kawan ak ade exident kt jmbatan 2 dlu, stu krte 4org, 2mati(cine) 1 meninggal(melayu) srg lg hilang kesempurnaan brjalan.. exsident tbe2 xtw sbb ape, ble mntk keteran gan dri kwn yg slmt ni die lak tdo

Anonymous said...

bukan orang dulu guna kepala orang ke nak buat jambatan. depa caya akalau bina kaki jambatan tuu dnegan kepala orang, jambatan tu akan jadi kuat...tu kot sebab ada banyak hantu...

FaryshaRyzal said...

btl la...aku pun dngr bnda yg sma...depa gnakn kpla tuk kuatkan tiang jmbtn...srmnya

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails