Thursday, November 11, 2010

Hantu?!!Ada Nama Gak Ke??!!


Salam semua, malam ni The BIG HEAD Site ingin mengambil kesempatan sempena malam Jumaat ni nak cerita sedikit tentang nama-nama hantu. Post sebelum-sebelum ni ada gak pasal hantu. Tapi ni BIG HEAD nak cerita pasal nama hantu plak. Ha apa tunggu lagi Jom Kita Terjah Kat Bawah Tuuuu...



Senarai nama-nama Hantu Yang Popular Kat Malaysia Ni:

  1. Hantu Raya
Hantu raya ni bukan hantu yang selalu raya ye kawan-kawan sekalian. Hantu ni selalunya dibela oleh seseorang untuk menjaga ternakan atau ladang atau sesuatu lah. Hantu ni ramai yang cakap mempunyai mata merah.Takut Gila!! Yang bestnya kenapa hantu ni digelar hantu raya??ermm, mungkin hantu ni suka beraya la kot. Waktu raya hantu ni laa paling raya sakan.Haha.



    2. Hantu Toyol

Hantu Toyol ni memang laku kat Malaysia ni. Siap ada lagu khas lagi kat toyol ni.Toyyyolll Dimanakah Kau Berlari-Larii!!!Haha.Ha tu lagu dari Arwah Sudirman. Menurut orang tua-tua toyol ni berperut buncit dan berkaler hijau. Tak tau la plak kebenaran dia betul ke tak. Toyol ni suka makan kacang hijau kot. Lagi satu bahaya toyol ni dia suka mencuri.Jadi Hati-Hati Tau.

     3. Hantu Pelesit
Hantu ni pon sejenis yang dangerous gak ni. Hantu ni selalu dibela oleh wanita yang nak memudaratkan orang yang tuannya da suka. Hantu ni gak selalu disuruh untuk mencuri wang. Teruk betul tuan dia ni kan?Ish3. Ha lagi satu hantu ni boleh menyerupai belalang pelesit atau apa saja yang tuannya suruh. Hantu ni diberi makan darah tuannya. Hantu ni pon ada lagu gak kalau korang semua nak tau.Pelesit Kota.Haha.

    4.Hantu Kubur
Hantu ni bagus.Haha.Boleh plak kan!?Hantu ni tak boleh dijumpai kat tempat lain.Kecuali kubur. Hantu ni berkeliaran bebas dikubur-kubur yang diregister atau yang tak register.Haha.Hantu ni tidak dipelihara dan boleh dilihat secara bebas dan terdapat secara bebas bak kata wikipedia. Buat lawak betul! Hantu ni ditakuti oleh puak orang asli sebab tu bila berlaku kematian orang asli berpindah. Dan Hantu ni bijak sebab hantu ni kacau orang yang lemah semangat ja. Yang kuat dia tak kacau.Aku kuat semangat kot.Haha.Jangan Kacau Aku Hantu Kubur!!Haha.

    5. Hantu Galah
Hantu ni dapat nama dia sebab dia ni tinggi macam galah. Selalu ditemui didalam hutan. Hantu ni dikatakan nampak dalam keadaan normal apabila kita pertama kali melihatnya tetapi menjadi tinggi dan tinggi sampai ke satu masa kita hanya melihat kakinya. Wah dashyat jugak hantu ni. Hantu galah ni baik rupanya sebab dia ni selalu usik-usik ja. Dia tak cederakan orang. Jadi kalau jumpa kawan la dengan dia ya dia kesunyian duduk dalam hutan tu sorang-sorang.Haha.

     6. Hantu Bungkus
Hantu ni banyak nama sebenarnya. Nama lain dia hantu punjut macam sup bunjut je. Atau hantu pocong. Erm sekarang aku da paham kenapa panggil punjut. Sebabnya rupa hantu ni macam bunjut yang kita guna untuk buat sup tu.Haha. Ciri-ciri hantu ni dia berbungkus dengan kain putih. Hantu ni kacau orang lemah semangat je. Pastu hantu ni ada dua cara gerakan dia iaitu loncat dan bergolek. Ada sesetengah orang cakap dia boleh bergolek sepantas kereta. Jangan laju macam Lamboghini dah la, baru dia tak leh kejar.Haha.

Sekian saja hantu-hantu untuk post kali ni. The BIG HEAD Site akan update lagi pasal hantu-hantu yang berkeliaran kat Malaysia ni. So tunggulah kemunculan hantu-hantu ni ok. Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Hantu!!!Hahaha.





4 comments:

tiefazatie said...

sori tenet ifa sgt lembab..xleh nk tgl jejak..isk2..xmo bce nie psl hantu!

Raja Rojak said...

letak la gambaq hantu skali... baru bleh imagine..haha

Raplah Pitstop!!! said...

wow! hebat! hahaha

blacklist said...

haha....rajin-rajin jenguk cni

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails