Monday, October 25, 2010

Seorang Yang Bergelar SULUNG!!!!


Salam semua, post kali ini aku nak bercerita sedikit tentang Seorang Yang Bergelar SULUNG!!! Kalau korang semua nak tahu lebih lanjut tentang post ni, kena la baca kat bawah ni ye. Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan pun menyeru umat manusia supaya BACALAH. Membaca banyak faedahnya rakan-rakan sekalian.Jadi Jom Terjah Read More  kat bawah ni.  
Related Posts with Thumbnails




Seorang Yang Bergelar Sulung. Apa itu SULUNG sebenarnyaSulung adalah satu patah perkataan yang bermaksud yang pertama. Selalunya gelaran sulung ini diberikan pada anak yang pertama dilahirkan didalam sesebuah keluarga. Tidak kiralah anak itu perempuan atau lelaki kalau dilahirkan yang pertama dipanggil sulung.

Sulung atau yang pertama memainkan peranan penting dalam keluarga. Anak sulung jugalah yang melambangkan cinta agung antara dua jiwa yang bersatu iaitu Ibu dan Ayah. Disaat bayi sulung ini lahir ke dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini, ibu bapa kitalah orang yang paling gembira ketika itu.

Sebagai anak sulung, janganlah kita menghampakan hasrat ibu bapa kita yang selama ini telah menjaga kita dari dalam kandungan sehinggalah boleh berjalan dengan sendirinya di bumi ciptaan tuhan ini. Seseorang yang bergelar sulung semestinya mahukan ibu bapa mereka sentiasa gembira. Anak sulung juga tidak mahu sesekali membebankan ibu bapa mereka, cukuplah dengan karenah adik beradik lain yang sering memeningkan kepala kedua ibu bapa.

Dalam perjalanan hidupku sebagai anak yang sulung adakah aku sudah menggembirakan hati kedua ibu bapaku?Sempatkah aku membalas jasa ibu bapaku yang kini telah membesarkan aku selama ini sebelum mereka berdua pergi selama-lamanya meninggalkan aku?Sempatkah?Sempatkah aku membawa mereka, memimpin tangan mereka ke tempat paling suci dimuka bumi ini?Sudah bersediakah aku untuk menghadapi saat mereka berdua pergi meninggalkan aku sebagai seorang yang bergelar SULUNG? Tuhan saja yang tahu segala-galanya kerana segala perancangan telah dirancang rapi oleh-NYA.

Aku seorang yang bergelar sulung hanya dapat merancang dan bertawakkal dengan segala perancangan yang dibuat dan perlu menerima segala apa takdir yang ditentukan pada aku kelak. Aku harap korang juga yang bergelar sulung telah merancang sesuatu untuk menghadapi hari yang tidak diduga itu. Aku berharap dan berdoa pada tuhan agar dapat membalas jasa mereka selagi mereka masih bernafas di bumi yang nyata ini. Jadi rakan-rakan sekalian, bangkitlah kamu sebagai anak sulung yang gagah, anak sulung yang hebat dan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Buatlah sesuatu yang luarbiasa pada diri anda kerana keluarbiasaan itulah yang membezakan kita dengan yang lain. Sekian Aku Seorang Yang Bergelar Sulung....



2 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

dan anak sulung slalunya keras kepala sket

hehehe...

GKSB pon anak sulung...

btw nice blog..tulisan dia memang puas kalo baca hehe

blacklist said...

:) tq kepada gadis kampung separa bandar...
rajin2 lah melawat ye..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails