Salam sejahtera rakan blogger sekalian, setelah sekian lama tidak "mengupdate" blog aku ni, kini tiba lah masa yang dinanti-nantikan(ayat poyo). Jadi dalam post ni aku nk kongsi sikit info yang aku dapat. Tips kali ni berkaitan dengan Jika Kita Terlibat Dalam Kemalangan(yang tak serius).Jom kita tengok apa yang kena buat.
Ini antara langkah yang wajar kita buat jika kita terlibat dalam kemalangan (yang kecil-kecil saja ye)
- Sila bertenang dan jangan cemas
- Jika ada sesiapa tercedera, telefon 999 segera.
- Catat nama dan no kenderaan yang terbabit
- Jika tidak ada sebarang kecederaan alihkan kenderaan untuk tidak mengahalang laluan trafik.
- Jika kenderaan perlu ditunda, pastikan penunda itu adalah sah dan dihantar dibengkel yang betul.
- Hubungi syarikat insurans anda dan laporkan kepada mereka dengan segera.
- Laporkan kemalangan pada pihak polis dengan segera.
- Jangan berbincang siapa yang bersalah atau bergaduh ditempat kemalangan, biarkan pihak yang bertangungjawab yang selesaikan.
- Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan jika ada keraguan dapatkan nasihat dari syarikat insurans anda.
Jadi itu sajalah langkah-langkah mudah yang anda perlu lakukan. Nasihat ini dibawakan oleh surat khabar utusan bertarikh 26 April 2011. Ini merupakan sedutan daripada banyak berlaku kes penipuan di kalangan penunda-penunda yang gemar menipu sesiapa yang terlibat dalam kemalangan. Jangan lupa sebar-sebarkan ye!!
4 comments:
aiii, bro. update blog nampak. hahah
haha lek arr....
wah2..tips yg beguna...
:)
Salam terima kasih dari UniKL Blogger..anda diminta ke page ini (http://apps.facebook.com/blognetworks/blog/the_big_head_site/) untuk mmbuat conformation sbagai author blog anda...dan ini akan memudahkan blog anda terpapar secara automatik setiap kali anda update blog anda..
Setelah anda klik pada link yang di beri tersebut...anda di minta klik pada perkataan (ARE YOU THE AUTHOR?) pada sebelah kanan dipage tersebut.
Setelahh itu anda klik saja yes dan pilih beberapa orang friends sebagai jaminan bahawa anda benar-benar tuan empunya blog. Harap dapat lakukan tindakan ini secepat mungkin. Sebarang pertanyaan adalah dialu-alukan.
Sekian, wassalam.
Post a Comment