Thursday, December 16, 2010

Kisah Tersirat 10 Muharram!!!

Related Posts with Thumbnails

Salam semua blogger-blogger, hari ni seperti korang semua sedia maklum merupakan 10 Muharram. Dimana tarikh ni mempunyai keistimewaan dan kepercayaan yang tertentu. Pada tarikh ni jugak disunatkan berpuasa. Jadi apa yang istimewanya hari ni??Apakah yang tersirat disebalik 10 Muharram ni..Jom Kita Tinjau Kat Bawah Ni...



10 Muharram merupakan  Hari Asyura. Apa itu Hari Asyura. Asyura bermaksud asyara dalam bahasa Arab yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Perkara Yang Dipercayai Berlaku Pada 10 Muharram:

  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam setelah bertahun-tahun memohon ampun kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
So, renung-renungkanlahh dan selamat beramal.Assalammuailakum.

1 comments:

rockinsudu said...

nice share bro. dpt gak tmbah ilmu.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails