Thursday, July 29, 2010

Diabetes!!!!Merbahaya Tuuu!!!

 

Salam semua, pada kali ini The BIG HEAD Site nak cerita sikit tentang DIABETES!!!(jeng jeng jeng!!!). Ok untuk info anda semua Diabetes ialah nama lain bagi penyakit yang paling popular pada rakyat Malaysia ini, iaitu Kencing Manis. Seperti yang kita ketahui Diabetes sering menyerang manusia2 yang da beralih umur, iaitu dalam lingkungan 35 tahun keatas (mungkin la). Jadi, untuk menjaga supaya kita tak dapat penyakit ni, adalah beberapa tips yang harus di patuhi. The BIG HEAD site akan menceritakan dengan lebih lanjut lagi di bawah, untuk maklumat lanjut klik la read more di bawah post ini ye...

 Faktor-faktor risiko penyakit Diabetes ini termasuklah keturunan, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal. Sejarah keluarga yang berpenyakit diabetes akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit ini.

Orang yang gemuk juga berisiko tinggi dan obesiti ditakrifkan sebagai indeks jisim tubuh (berat badan (kg)/ketinggian (m2)) melebihi 30 kg/m2 atau lilitan pinggang melebihi 80 sm (wanita) dan 90 sm (lelaki).

Obesiti dan kurang aktiviti fizikal boleh mengakibatkan diabetes mellitus kerana menyebabkan rintangan insulin di mana insulin yang dikeluarkan oleh sel beta pankreas kurang berkesan untuk menurunkan paras glukos dalam darah.

Oleh itu disini ada beberapa tips yang boleh membantu:
  1. Makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan
  2. Jangan amik gula yang berlebihan(harga pon da naik)
  3. Makan mengikut Sunnah Nabi
  4. Jauhi obesiti(jgn makan makanan yang berlemak)
  5. Ikut diet yang disarankan oleh doktor
  6. Minum air masak berlebihan.
Sebenarnya banyak lagi tips, panjang sgt nanti boring plak kan. So, tulis simple2 da la. Jangan bagi obesiti(perut besar), kepala besar xpa(the BIG HEAD...haha). Jadi jumpa lagi di lain post. Salam.
Related Posts with Thumbnails

1 comments:

sweetsal said...

takut la diabetes ni..penyakit ni menyerang tak kira peringkat umur..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails