Wednesday, June 30, 2010

Rokok?Bahaya!!!

Related Posts with Thumbnails

Salam semua, pada post kali ni aku nak memberitahu (rasa suma da tau) pasal rokok!!(haha)...

Kat cni ada beberapa info pasal rokok ni..best gak la baca..aku wat ni sebab td TV3 ada crita pasal rokok..

Saturday, June 26, 2010

Award??!! Wow Tak Sangka!!



Salam kepada semua, hari ini aku sungguh teruja kerana aku telah dapat award dari rakan blogger aku...so terima kasih kepada luyaspace.com...

1. Tulis pasal entri ni kat blog korang
haha..aku sebenarnya xdak idea sgt pon..tp bangga gk arr dpt award ni..tq2..

2.Ceritakan bagaimana usaha korang untuk menceritakan blog korang
Usaha aku ialah utk cerita pasal moto aku ni..tp kadang2 kuar tajuk gk la..mintak maap noo....

3. Tuliskan 5 perkara yang menggambarkan diri korang
suka puji diri kot
suka pada duit(hahaha)
agak pandai(mengayat)(haha)
suka nyanyi(cam sedap sgt!!)
suka pada seseorg yg cmey(teka la!!)

4. Tag kawan2 korang yang patut menerima award ni
Aku nk tag cmna pon xtau aku p kt chatbox suda la gtau..pandai2 la naaa...
Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 24, 2010

DSLR?? Kegilaan ramai!!!!


Salam kepada semua blogger, penulisan aku pada kali ni ialah tentang DSLR?? Kegilaan Ramai!!!!. Kepada yang tidak tahu maksud DSLR, kat sini aku nak bagitau la...maksudnya Digital Single Lens Reflex. 

Ha kita dok asyik cakap ja DSLR, tapi tahu tak penggunaan kita terhadap benda alah ni?? Ha persoalannya sekarang, ramai yang dok tergila-gilakan benda alah ni (termasuklah aku,haha). Jadi kepada sesiapa yang amat berminat dengan DSLR ni, diharap belajarlah menggunakan benda ni, jangan dok poyo ja beli Canon 5D tapi xtau guna...apa cer ni an...

Terdapat dua produk yang laris dijual di pasaran iaitu Canon dan Nikon. Ikutlah kepada anda sekalian untuk memilih produk yang terbaik. Tapi aku suka lagi fungsi kt Canon la..

Ni adik aku nak beli benda ni, aku share dengan dia la..mahal kot nak ada sorang satu. Tak mampu aku(haha). Jadi kepada peminat-peminat kamera silalah komen dengan mencadangkan kamera Canon yang manakah harus adik aku dan aku beli...Adakah 450D, 500D atau 550D???Harap dimaklumkan!!!
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 23, 2010

Lelaki Sejati!! Tergolongkah Anda??


Salam kepada semua blogger, pada post kali ni aku nk bg persoalan sikit pada diri seorang lelaki. Adakah semua lelaki sejati, bagaimana nak menentukan lelaki itu sejati atau tak?? Persoalan akan terjawab nanti...sila baca..ini pendapat saja, terpulanglah kepada pembaca-pembaca sekalian untuk menilai bagaimana ye...

Monday, June 21, 2010

Ayat-Ayat Jiwang!! Perghhh!!!


Atas permintaan ezhan-artwork, aku telah mencari serba sedikit ayat-ayat yang jiwang yang boleh digunakan kepada kekasih-kekasih korang...(haha)...sebenarnya ezhan yang nak..sebab tu aku buat tu...tp to ezhan sorry sebab xleh nak wat video seperti yang diminta kerana kekurangan tools...harap maklum...

Ni merupakan beberapa contoh sms yg boleh digunakan ye...

Friday, June 18, 2010

Gambar aku Edit!! Perghh!!!




Salam semua...ini adalah seberapa sedikit gambar yang berjaya aku edit kepada HDR...almaklumlah..tak power sgt pon..sebab tu tak berapa lawa..ni pon guna handset sony ericsson G900..hehehh...Ha kepada rakan-rakan blog aku silalah komen ya..aku bknnya power sgt pon...main bantai ja..mana sedap mata memandang tu la yg aku wat..hahaha....Salam...
Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 17, 2010

Moto Apakah Ini!!!Rare Sungguh!!!

Related Posts with ThumbnailsSalam semua, seperjalanan aku di Bagan Luar, Pulau Pinang, waktu ni aku tak beli lagi Honda C70 aku tu...tiba-tiba aku terserempak dengan sebuah motosikal yang ala-ala "Ghost Rider"(gambar diatas telah diedit ke HDR) komen-komen la ckit!!(haha), berbalik pada cerita moto ni, aku tengok macam sempoi ja..aku punya cari Made in mana..xjmpa..xtau la..mgkn buatan tangan kot...Hand Made la katakan...enjin nampak "Tip -Top" macam boleh pergi jauh..kepada sesiapa yang ternampak moto ni atau kenal tuan dia...bgtau la kat aku ye!!...nk tanya mana dia beli motosikal yang RARE ni...aishhh!!!Salammmm.....

Wednesday, June 16, 2010

World Cup 2010!! Feel The Game!!


Salam kepada semua pembaca blog yang budiman!!..kali ini aku ingin menceritakan sedikit la kegilaan dunia pada World Cup ni...sebenarnya World Cup ni under kelolaan FIFA..Maksud FIFA sebenarnya adalah Fédération Internationale de Football Association...dalam bahasa perancis la..FIFA terdiri daripada 206 negara menurut wikipedia la..aku pon xtau sgt ni..(haha)..terdapat enam konfederasi dalam FIFA ni...iaitu Asian Football Confederation, Confederation Africaine de Football, Confederation of North, Central American Caribbean Association Football, Confederacion Sudamericana de Futbol, Oceania Football Confederation dan Union Of Europian Football Association (UEFA)..ha mgkn 2014 World Cup akan diadakan di Brazil ranking pertama FIFA tu...(kalah gk 4 taun lepas)..haha...ha cmtu la ceritanya...

Berbalik pada demam World Cup ni...klau nk tau korg suma berkunjung la beramai-ramai di kedai- kedai mamak yang berdekatan...di mana ada kedai mamak disitu la org ramai berkumpul tgk bola jerit (GOAL!!!) ramai2..best gak an...mamak pon untung la sebulan...(haha)...ada kedai kt umah aku ni siap ada cup yg kaler emas tu..tauke tu beli kt bukit kayu hitam...berat plak tu...cup besar pon ada..ada la tggi aku..perghhh...fuhh demam btol manusia dengan World Cup ni ekk...apa-apa pon pasukan bola sepak Malaysia perlu mantapkan lg persiapan mereka untuk masuk World Cup ni mcm zaman Hassan Sani, Super Mokh (Mokhtar Dahari), Santokh Singh, James Wong, dan ramai lagi...Jadi Majulah Sukan Untuk Negara!!!

Related Posts with Thumbnails

Streamyx!!Here I Come!!

Salam kepada semua pembaca blog...post kali ini aku nk cerita kegembiraan aku bila mana umah aku da ada streamyx...(haha). Pergh..laju gk la internet tp gna wifi tak la laju sgt dari pakai LAN.. bley gk nk pakai LAN tp susah la nanti sebab kena duduk dekat modem ja..aish..tp xpa wifi pon wifi la..janji aku dapat online dengan suka hati..bila-bila dimana di seluruk pelosok umah aku ni..muahaha...SAYA SUKA TM...
Related Posts with Thumbnails

Monday, June 7, 2010

C70 Rosak Lagi!!Apa cer??

Salam kepada semua pembaca..hari ini aku nk cerita pasal C70 aku nihhh...adoihh...sebelum blek penang aku da repair da. Benda yang rosaknya coil source(coil api)..aku da repair kt satu kedai kt bangi harga RM60..baru ja 3 minggu aku blek penang da rosak!!apa kejadahnya ini semua!! kedai tu da tipu aku ka??adoih kasi gua panas ja!!tapi xpa semua ni ada hikmah di sebalik kejadian..aku da baiki blek RM50 kt penang..aku tgk sendiri kedai tu pasang..aritu aku tak tengok, aku tinggal kat kedai peratus nak kena tipu tu tinggi jugak la..jadi aku nasihat klau nak repair apa2 pon kena usha kedai tu..dia wat betul ke tak..barang ori ke tak..barang baru ke second..aish...nasib2..sekian saja dari akram-merican..Salam...
Related Posts with Thumbnails

Saturday, June 5, 2010

Info Jambatan Pulau Pinang!!Seram Jugak!!


Jambatan Pulau Pinang...Ia merupakan Jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia(wow)...nama inggeris ialah Penang Bridge. Jambatan Pulau Pinang menghubungkan Seberang Perai dan Pulau Pinang. Ia menyeberangi Selat Selatan. Panjang Keseluruhan ialah 13.5KM yakni bersamaan dengan 8.4 batu. Panjang melintas air ialah 8.4KM. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia. Dengan penggunaan yang begitu tinggi, kerajaan Pulau Pinang telah memohon untuk membina sebuah lagi Jambatan Pulau Pinang 2. Yang mungkin dihubungkan dari Batu Kawan ke Batu Maung. Ia menjadi jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan ini menelan kos RM 3 bilion mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia tenggara. China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) menyatakan kerja-kerja pembinaan ke atas Jambatan Kedua Pulau Pinang akan bermula pada November 2007 dan dijangka siap pada 2011. Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China.


Jambatan Pulau Pinang juga telah mencatatkan banyak kemalangan. Pak cik aku pon pernah terlibat dalam kemalangan di jambatan ini. tetapi alhamdulillah dia selamat walaupun 3 hari koma dan sebulan terlantar di Hospital Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang banyak kisah silam yang belum diketahui. Adik aku salah seorang mangsa kejadian seram ni. Pada satu malam adik aku ni naik la moto dengan bapak aku, ada satu moto ni memotong moto bapak aku, org tu palingkan kepala kt adik aku.. tgk2....jeng2...helmet ada muka xdak..perghh...dia pon cuak arr...itulah kisah nya....byk lagi kisah pasal jambatan ni. Ramai pekerja yg membina jambatan ni mati waktu tgh bina jambatan ni..biasa la...kata dekat laut an...Jadi sapa2 ada kisah lagi pasal jambatan ni...komen2 la ye!!
Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 3, 2010

CB Menjadi Idaman!! C70 Menjadi Punyaan!!

Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca blog yang budiman...(perghh)..tajuk kali ni CB Menjadi Idaman!! C70 Menjadi Punyaan!!...(haha). Dalam tajuk ni aku ingin cerita sikit lah sebelum aku memilik C70..aku idamkan moto kat atas tu...tapi masalahnya sekarang...spare part dia payah nak cari..(aish kasi gua panas) klau la aku tau kt mana bley dapat spare part moto ni..da lama aku angkat satu...tapi xpa la...mgkn jodohku bersama Honda Cup C70..Moto sepanjang zaman..yang digilai ramai(ya la sgt)..Jadi kepada sesiapa yang tahu di mana boleh mendapatkan spare part moto ni sila lah mesej saya di blog aku ni...Sekian Dimaklumkan!!(haha)
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails